Entries - About - Lovely



Bonjour !


Hello! ♥
Find Me!

: Nur Aisyah
: NH
: Aisyah
: Aisyah
Credits

Skin By : MinyanNyan
Basecode : Aqila
Image : We♥It
Blog Owner :

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sunday 21 December 2014 | 0 Sweet Sugar

spm? spm? spm? spm? addmath? kimia? biologi? fizik? alahai susahnya. peperiksaan akhir tahun pun gagal subject killing ni emm. insyaAllah aku akan berusaha untuk capai target. kalau tak dapat tu redha je la. janji aku dah berusaha. bukan sembang kat sini je nak usaha. kena buat betul betul. pergi tuisyen dapat membantu kot insyaAllah. nak dapat straight A+ tu mungkin susah nak capai tapi kalau aku usaha insyaAllah ada la habuannya. lagipun aku nak masuk Universiti Petronas. kerja gaji boleh tahan. boleh la kurangkan beban mak ayah aku. ayah aku pun dah pencen jadi askar. mak pulak kerja kerani je kat sebuah syarikat. gaji pun cukup untuk bayar duit kereta, rumah dan lain lain. ada duit belanja pun 200-300 (kot je la). lepastu dah kukuh ekonomi boleh masuk meminang si dia hehehehe. ceh macam aku ni lelaki lak nak masuk meminang. tapi tak salah pun en. Saidatina Siti Khadijah yang perempuan pun suruh wakil untuk meminang Rasulullah apatah lagi aku kahkahkah nampak kegatalan kemiangan aku. aku harap sangat la tak dapat plkn lepas spm. bukannya apa aku ni homesick. mana boleh duduk jauh dengan mak ayah. nanti setiap malam nangis huwaaaaaaa!!!!! aku masuk asrama masa form 1 pun aku nangis hehehe. sooooooo sekarang ni aku kena fokus kat spm lebih lebih lagi killing subjek tu. addmath biologi fizik kimia membunuh! hahahaha. harap sangat dapat cikgu yang boleh bantu aku dalam keempat empat subjek ni. yang lain tu pun fokus la jugak tapi yang selalu gagal ni kena lebihkan sikit. otak aku ni tak boleh simpan banyak data kang lupa balik. phone semua kena rampas buat sementara waktu. aku ni kena la usaha lebih sikit sebab mak ayah aku kata kalau dapat straight A+ dapat iPhone 6. hahahaha tengok, budak zaman sekarang belajar sebab nak dapat apa yang mak ayah dorang janjikan kalau dapat result yang baik. hahahaha so betulkan niat balik. bukannya nak sangat pun iPhone 6 tu. lagipun tak lawa ah iPhone 6. aku lebih suka iPhone 5s gold. itu peh sexy gila nak mati. tergoda aku tengok. eh eh eh berangan lebih. sampai disini je la aku tulis. bila tulis blog kemain idea mencurah curah. bila buat karangan hampeh. kalau aku ingat email dengan password blog ni aku update la lagi. bye Assalamualaikum! 

p/s: doakan aku berjaya dapat straight A+ dan doakan supaya aku berubah jadi rajin hehehehe.